Posts

Showing posts from September, 2025

“Rahsia Monroe & Einstein yang Jarang Diketahui” Mereka Menyulam Harapan dalam Kabut Kesedihan

Image
Monroe : S ering dikaitkan dengan kecantikan, glamor, dan dunia hiburan Hollywood. ..... “Rahsia Monroe & Einstein yang Jarang Diketahui” — Mereka Menyulam Harapan dalam Kabut Kesedihan ..... Nama Marilyn Monroe sering dikaitkan dengan kecantikan, glamor, dan dunia hiburan Hollywood. Albert Einstein pula sinonim dengan kebijaksanaan, teori relativiti dan genius abad ke-20. Dua nama besar ini seolah-olah datang dari dunia yang sangat berbeza, seorang simbol populariti, seorang lagi simbol ilmu pengetahuan. Namun, sejarah mencatatkan bahawa kedua-duanya pernah saling bersilang dalam garis masa kehidupan mereka. Buku - Marilyn Monroe & Einstein - Cenderahati dari sahabat - Dr. R H 👌 Ramai mungkin sudah mendengar kisah Monroe bertemu Einstein, bahkan tersebar kisah jenaka kononnya Monroe pernah berkata jika mereka berkahwin, anak mereka pasti memiliki kecantikan sepertinya dan kebijaksanaan seperti Einstein. Walaupun cerita itu lebih kepada anekdot,...