Ungku Aziz – Pemikir Bangsa, Pelopor Ekonomi Rakyat
PROFESOR DIRAJA UNGKU ABDUL AZIZ Legasi Koperasi Bumiputera Melalui ANGKASA ...... “Dari Ilmu ke Gerakan – Legasi Pak Ungku Mengangkat Maruah Bangsa.” "Melangkaui Zaman, Menyulam Harapan Bangsa." Fikirannya terus hidup dalam setiap usaha membina bangsa berilmu, berdaya dan bermaruah. ........... YDP, YBhg Datuk Hj. Azman Shah bin Hj. Abdullah (tengah), TYDP, YH Dato' Hj. Abdul Razak Idris (kanan) dan NYDP, Mohd Herman Awang (kiri). Ketika Majlis EGM PEKAP berlangsung di Auditorium Pak Ungku, pada 26 Oktober 2025 bangunan tersergam indah milik ANGKASA di Kelana Jaya, ramai tidak menyedari bahawa ruang itu sendiri berdiri di atas sebuah sejarah perjuangan ekonomi bangsa. Di situlah terakam legasi Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid, tokoh ekonomi dan pemikir bangsa yang meletak...