"Dari Hulu ke Hilir: Rentak Lidah Orang Pahang"


Gambor berseloro, gambor hiasan semata 

.......

"TAU DOK AOK ME?"
Dialek Pahang Darul Makmur yang Tak Lekang Ditelan Zaman

1. Siapa Kata Pahang Takde Loghat?
Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana bunyinya orang Pahang berbual dalam loghat tempatan? Jangan terkejut, lebih 70% pelajar berasal dari pantai barat — dari Lembah Klang ke utara Semenanjung — langsung tidak dapat membayangkan ‘sound system’ dialek Pahang. Ada yang menyangka orang Negeri Pahang ‘bercakap macam orang Johor’, atau lebih parah — terus disamakan dengan loghat Terengganu dan Kelantan. Lebih menyedihkan, ada yang percaya orang Pahang ‘tiada loghat’. Salah!, Wahai rakyat Malaysia, mari kita betulkan tanggapan itu.

2. Satu Negeri, Tiga Rasa Dialek
Jangan disangka loghat Pahang itu satu rupa. Realitinya, dialek negeri ini boleh dibahagikan kepada tiga wilayah utama:

Pahang Hulu – meliputi Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Cameron Highlands. Dialeknya deras, penuh tenaga.

Pahang Tengah – seperti Temerloh, Maran, Bera dan Chenor. Pertuturannya lebih sederhana, tak terlalu laju, tak terlalu perlahan.

Pahang Hilir – termasuk Pekan dan Rompin. Loghatnya lebih ‘leweh’, lembut dan perlahan mengikut aliran Sungai Pahang yang sudah jinak menjelang hilir.


3. Kenapa Susah Nak Dengar Dialek Pahang di Perantauan?
Tidak seperti rakan-rakan kita dari Kelantan atau Terengganu yang petah berloghat di mana sahaja, ramai anak Pahang yang ‘malu-malu kucing’ bila jauh dari kampung halaman. Faktor utama? Takut tak difahami, atau barangkali terbit rasa rendah diri — inferiority complex yang tak sepatutnya wujud. Mereka menukar gaya tutur agar lebih ‘neutral’, sehinggakan kadang-kadang orang tak sedar pun mereka anak jati Pahang. Tapi awas, kalau bertembung dengan sesama Pahang di perantauan — ‘kantoi’ juga nanti!

4. Pahang = Perak? Eh, Boleh Jadi Silap Tu!
Satu lagi kekeliruan yang sering berlaku — loghat Pahang disangka loghat Perak. Ya, mungkin ada sedikit persamaan pada intonasi, tapi hakikatnya lain padang, lain belalang. Tak hairanlah bila pelakon Pahang berlakon sebagai ‘orang Perak’, loghat mereka sering disalah tafsir. Sayangnya, loghat Pahang masih belum cukup menonjol dalam dunia hiburan tempatan. Ia jarang didengari dalam drama atau filem — dan kalau pun ada, bunyinya selalunya ‘tak berapa nak jadi’. Kita harap suatu hari nanti, loghat Pahang akan diberi ruang secukupnya — agar lebih ramai kenal, hayati dan hargainya.


5. Sungai Pahang: Akar Dialek Kami
Uniknya loghat Pahang ini — ia mengikut rentak Sungai Pahang. Dari hulu ke hilir, semakin perlahan airnya, semakin ‘leweh’ pertuturannya. Di hulu, suara lebih deras dan tangkas. Di tengah, pertuturan lebih seimbang. Di hilir, suara menjadi lembut, beralun perlahan seiring air sungai yang mengalir tenang. Betapa kuatnya hubungan antara geografi dan budaya tutur!

6. Bonus: Perbendaharaan Kata Dialek Pahang
Untuk anda yang ingin berkenalan dengan bahasa kami, tunggu dulu — saya akan lampirkan senarai perkataan unik loghat Pahang yang biasa digunakan. Percayalah, ada yang sama bunyi dengan dialek Pantai Timur lain, tapi sebutannya pasti berbeza.


"Kecaplah Loghat Kami" 
— Senarai Perkataan Dialek Pahang

Nota Istimewa:
Loghat Pahang tidak hanya sekadar cara sebutan, tapi satu identiti yang mencerminkan budaya, jiwa dan sejarah negeri. Ia lembut tapi berisi, tak sekeras Terengganu atau sepekat Kelantan, tapi punya daya tarikannya sendiri — halus dan bersahaja.


D
Dan - sempat (Contoh: la napenye tok makan lagi? Tok dan ker?)
Di - Awak (Kata gantinama kedua) biasa digunakan di Pulau Tawar, Jerantut.
Doh - sudah (Contoh : awok doh makan ker?)
Dema - awak,biasanya utk ramai (Contoh: dema ni takde keja lain ke)
Dimeh - sama macam Dema - biasa digunakan di belah Raub.
Daur - sebaya,berkaitan dgn usia
Dedor - suam-suam kuku
Dedeh - hiris, potong


G
Gon - awak semua (Cth : Mana gon nok pegi ni?) (biasa diguna di Ulu Tembeling)
Gohek - kayuh
Goner - macamana, bagaimana, guane(Kltn/Trg)
Godei - kacau kacau air, dodol
Goge - hingar bingar
Gebor - selimut
Gonyoh - Sental kuat2
Getik - geli,meluat
Genyot - lembek (Cth : Aok rebus ubi tu sampei genyot)
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah
Garaih/garas - gosok dengan kasar, cuci dengan berus
Gampang - kata cacian, makian (nada gurauan)
Gonggot - rambut yang digunting tak sekata
Ghober - terlalu teruk

H
Hampuras - paling tak berguna, teruk, hampeh (maki hamun)
"Awok me hampuras, tak boleh harap lalu, orang baik macam koi pun dikata jahat!".

H
Habat/habad - pengotor
Hamlor/Hamlau - riang
Halkoh - kain baju, pakaian, barang2 peribadi
Hantoi - lembap,slow pergerakan
Hampuras - paling tak berguna, teruk, hampeh (maki hamun)
Hamun - bosan, benci

J
Jabir - beg plastik
Jenih - jenis
Jenuh - puas (Contoh: ntoh ler..jenuh dah koi nunggu)
Juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai
Julat - tolak
Juring - potong, hiris (Cth : Aok mkn buoh mangga ke ter? Bok keh sejuring...)
Jelun/Jelong - biasanya kalau demam ambil tuala celup ngan air asam jawa Jelun kepala.

Bahasa Melayu Piawai / Bahasa Melayu Pahang:

Saya - kawan (kawan), koi, kas, keh, kaweh, kome
Awak - awok (awak), aok, ork, ka
Mereka - demeh
Yang itu - hok tu
Yang ini - hok ni
Beritahu - royek, kabo (khabar)
Rambutan - muktan
Keluar - keluor (keluar)
Orang - ora (orang)

Tidur- reloh
Buang air besar - ronoh, perot (perut)
Kenapa ngaper - (mengapa), matnyer
Plastik - jabir
Bekas plastik - molor
Selimut - gebor
Selalu - senalo, sokmo
Jenis - jenih (jenis)
Malas - maleh (malas)
Letih - kehut, kohot, tok rot
Gelojoh - polok

Baiki - bele
Tilam - lece
Penuh - mombong
Di sana - setoho
Suruh - nyeraya
Kebas kaki - sesemut, senyor
Budu - pede
Tercekik - mengkelan
Selirat - sengkelik
Leka - ralik
Tangis - rahang, lalok
Pening - oteng
Bengkak - merenin
Telekung - mahane

Kata Penguat Maksud:
Manis meletiang - sangat manis
Pahit lepang - sangat pahit
Tawor heber - sangat tawar
Itang legang - sangat hitam
Lawo mat - sangat cantik
Busuk melantong - sangat busuk
Ngerlang - sangat cerah
Wangi merohong - sangat wangi
Tebal bakut - sangat tebal
Masang menaung - sangat masam


.....

Bersambung ke huruf K _ L _ M

↪️Sila layari Video dialek Pahang,

#https://youtu.be/cF34-FNVOsA?si=xACcur2tuwP9MNVl

#https://www.facebook.com/share/v/1AnxxdRb3R/

Comments

Popular posts from this blog

PEKAP: Sebuah Evolusi Dari Sebuah Cita Menjadi Sebuah Warisan

Beyond the Norm — Susuk di Hujung Saf

Bila Kambing Jantan Naik Perahu