Posts

Showing posts from August, 2025

Bila Kambing Jantan Naik Perahu

Image
Kenangan kecil sewaktu zaman kanak-kanak ..... Ahli-ahli PEKAP yang kini sudah berusia separuh abad atau lebih tentu menyimpan pelbagai kenangan kecil sewaktu zaman kanak-kanak. Ada yang bermain lecah di lopak air selepas hujan, ada yang berlari di batas sawah mengejar belalang, malah ada yang berjam-jam bermain kapal terbang kertas sehingga khayalnya terbang lebih jauh dari angan. Siapa sangka, dari gurauan dan khayalan itu lahirlah jurutera, doktor, malah ada yang menjejak kaki ke angkasa lepas. Namun, tidak semua kenangan masa kecil itu lurus dan manis. Ada juga yang pelik, luar biasa, malah “rare” kalau diceritakan semula hari ini. Kenangan bersama haiwan ternakan misalnya — ayam, itik, lembu, atau kambing — sering menjadi bahan cerita. Ada yang digigit, ada yang dikejar, ada juga yang hampir meragut nyawa. Seperti sebuah kenangan yang masih segar dalam ingatan Jab, seorang anak kecil yang membesar di tebing Sungai Pahang pada tahun 1960-an. Ceritanya bukan kisah biasa,...