Posts

Beyond the Norm — Susuk di Hujung Saf

Image
“Ujian dalam hidup adalah untuk menguatkan, bukan melemahkan. Ketahuilah, kesabaran dalam menghadapi dugaan adalah sebaik-baik senjata orang beriman.” – Saidina Ali r.a Dalam kehidupan yang fana ini, tidak semua perjalanan kita dihampari kelopak bunga. Ada waktunya, duri-duri ujian menghimpit jiwa. Ada ketikanya, langit harapan mendung dan kelam. Namun dalam setiap duka, terselit kasih Ilahi yang mengajar erti sabar, reda dan kebersamaan. Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibukota (PEKAP) tidak pernah berpaling dari tanggung-jawab sosialnya. Di sebalik kesibukan dunia yang menggoda, tetap ada ruang untuk kita menjenguk, menyantuni dan menguatkan semangat sahabat-sahabat yang diuji. Dugaan yang menimpa mereka bukanlah beban yang perlu dipikul sendirian. Kehadiran PEKAP adalah lambang sokongan, semangat setia kawan, dan nilai kemanusiaan yang tidak pernah padam. Catatan terbaru ini berbeza, bukan sekadar lapuran Biro Kebajikan, tetapi menjadi cerminan kasih sejat...

Hidup Ibarat Secawan Kopi

Image
Live simply, Speak kindly, Care deeply, Love generously. Di sebuah hari yang dingin dan nyaman — barangkali di sudut kampus bersejarah Universiti Yale, Amerika Syarikat — seorang profesor veteran merancang satu pertemuan istimewa.  Majlis kecil itu diadakan bagi menyambut kehadiran bekas pelajarnya yang kini sudah berjaya dan menyandang pelbagai jawatan penting dalam dunia profesional.  Mereka datang dari pelbagai latar, pulang bukan sekadar untuk bernostalgia, tetapi juga untuk bertemu kembali dengan guru yang pernah mencorak awal langkah hidup mereka. Di sebalik kesederhanaan apartmen tiga bilik milik sang profesor, ada sesuatu yang lebih besar sedang dirancang. Sesuatu yang tidak tertulis dalam silibus — namun menyentuh inti hati dan jiwa. Kopi dan Cawan Sementara menanti ketibaan anak-anak muridnya, profesor itu telah menyediakan satu jag besar kopi pekat, panas dan beraroma, sebagai penghangat suasana dalam cuaca yang menggigit. Tapi bukan itu saha...

PEKAP: Sebuah Evolusi Dari Sebuah Cita Menjadi Sebuah Warisan

Image
AJK PEKAP  2019 - 2021 BERSAMA KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SEMPENA PERASMIAN BANGUNAN PEKAP, 12 OGOS 2020 "Perubahan bukan sekadar takdir masa, tetapi tanda bahawa kita sedang bergerak, bertumbuh dan belajar menjadi lebih baik." — Algolgo Ditubuhkan pada 27 September 1966, PEKAP — singkatan kepada Persatuan Anak-Anak Pahang di Ibukota — lahir daripada keresahan dan harapan segolongan anak watan Pahang yang merantau ke ibu negara demi membina kehidupan. Di sebalik hiruk-pikuk Kuala Lumpur yang sedang membangun, terselit sebuah tekad: untuk tidak membiarkan identiti dan jalinan persaudaraan kampung halaman hanyut ditelan kota. Di peringkat awal, PEKAP bergerak dengan segala keterbatasan — tanpa pejabat, tanpa dana, dan tanpa kemudahan. Namun, semangat kental para pengasas dan jawatankuasa awal, menjadi akar kepada sebatang pohon yang kini sedang rendang. Mereka berjuang bukan kerana imbuhan, tetapi kerana rasa memiliki dan tanggungjaw...

Asal-Usul PEKAP: Dari Kerusi Usang ke Wadah Bersejarah

Image
Hj. Mohd Amin bin Hj. Hassan YDP PERTAMA - 1966 - 1976 Tuan Hj. Sabaruddin bin Idris SETIAUSAHA AGONG PERTAMA - 1966 - 1980 Mukadimah Siri Sejarah PEKAP ..... Di tengah arus pembangunan pesat ibu kota pada pertengahan 1960-an, sekumpulan anak jati Pahang yang berhijrah ke Kuala Lumpur dan Selangor mula menyedari satu keperluan mendesak - perlunya sebuah wadah yang mampu menyatukan mereka di bawah panji kebajikan dan persaudaraan. Pada tahun 1965, benih idea itu mula berputik apabila sekumpulan perantau dari Temerloh menganjurkan Majlis Makan Malam di TPCA, Kuala Lumpur. Acara itu bukan sekadar pertemuan sosial, tetapi menjadi medan muafakat bagi membincangkan nasib dan masa depan Anak-Anak Pahang di ibu kota. Lahirlah PEKAP - Persatuan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota - bukan atas dasar suka-suka, tetapi lahir dari semangat kental untuk saling membantu dan menjaga kebajikan sesama sendiri. Ketika ada yang jatuh sakit, ditimpa musibah atau ber...

Base Pahang – Warisan Lidah Raja yang Unik & Berakar Di Sungai

Image
Ikon Negara, tidak malu berbase Pahang CAKAP PAHANG: Siri Akhir "Cakak Pahang ni kalau dengar betul-betul, lain macam sedapnya. Ada lenggok, ada irama, ada gaya tersendiri." Begitulah antara komen yang sering didengari apabila orang luar bertandang ke Pahang, lalu mendengar sendiri petahnya lidah orang tempatan bercakap – atau dalam dialek kami, ‘cakak’. Bahasa Melayu Pahang, atau lebih mesra disebut Base Pahang atau Cakak Pahang, merupakan salah satu dialek penting dalam kelompok Bahasa Melayuik. Ia bukan sekadar cara bertutur, tetapi lambang identiti budaya, warisan sejarah dan hubungan erat dengan geografi negeri bertuah ini. Di Mana Cakak Pahang Dituturkan? Dialek ini lazimnya kedengaran di sepanjang lembangan Sungai Pahang – dari hulu Jerantut, Kuala Lipis, Temerloh, Chenor, Bera, Maran sehinggalah ke daerah Pekan yang merupakan pusat diraja. Selain itu, ia juga dituturkan oleh masyarakat Melayu Pahang yang menetap di Hulu Dungun, Terengganu seperti di Pasir Raja. Meskip...