Bahasa Sungai, Loghat Bangsa: Khazanah Pahang yang Terpendam

Sungai Pahang : Menyimpan seribu rahsia.


Menelusuri Sungai Jelai dan Sungai Tembeling yang bersatu di Kuala Tembeling ibarat menyusuri akar sejarah Hulu Sungai Pahang. Aliran air ini membawa bukan sahaja sumber kehidupan, tetapi juga warisan budaya dan bahasa yang kaya – tersimpan dalam lenggok percakapan rakyatnya yang penuh keaslian.


“Anjiang Dengeng Kucieng: Suara Asli dari Tebing Pahang”

Ungkapan seperti “Anjiang dengen kucieng bergulieng bawoh tebieng” adalah contoh keunikan loghat Pahang yang asli, sebelum pengaruh luar seperti Terengganu, Kelantan, dan Johor menyerap masuk akibat sempadan dan percampuran masyarakat. Istilah-istilah seperti Encek, Menengku, Cik Abang (kakak ipar), dan Abang (kakak) menunjukkan pengaruh bahasa istana yang masih bertapak dalam pertuturan seharian.

Malangnya, ramai anak Pahang di luar negeri lebih cenderung menggunakan dialek standard demi kefahaman umum. Hakikatnya, hanya anak jati mampu mengenal dan menjiwai lenggok halus yang menjadi identiti sebenar Pahang – sesuatu yang tidak mudah ditiru atau dipalsukan.

Dialek ini juga berbeza mengikut daerah, dipengaruhi bentuk muka bumi dan aliran sungai yang membentuk komuniti sejak dahulu. Perbezaan ini membezakan loghat Pahang daripada jiran Pantai Timur walaupun mereka berkongsi akar rumpun.

Peribahasa dan Pantun: Cerminan Jiwa

Kekayaan bahasa ini terserlah dalam pantun dan peribahasa tradisional, contohnya:

Kalau tuan pergi seberang,
Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
Mahu lebih tak mahu kurang.

Ia melambangkan keikhlasan dan kesederhanaan – sifat yang sinonim dengan jiwa masyarakat Pahang.

Peribahasa seperti “Niat hati hendak memancing ikan, tak mahu membuang umpan” mengajak kita memahami bahawa tiada hasil tanpa usaha. Sama juga seperti pepatah: “Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh dikejar.”

Warisan ini tidak wajar dibiarkan pupus ditelan arus globalisasi. Bagi yang berinteraksi dengan masyarakat Pahang – sama ada atas urusan kerja, perkahwinan mahupun pelancongan – mempelajari sedikit kosa kata loghat tempatan adalah tanda hormat dan kasih pada budaya setempat.

Sebagai sebahagian daripada rumpun bahasa Melayu-Polinesia dan Austronesia, dialek ini menjadi simbol kebanggaan masyarakat timur Semenanjung.

Asal-Usul dan Sejarah Bahasa Melayu Pahang

Dialek Melayu Pahang tergolong dalam keluarga bahasa Malayik di bawah rumpun Austronesia. Ia mempunyai hubungan rapat dengan dialek Terengganu dan Kelantan, namun tetap tersendiri dalam aspek fonologi dan kosa kata.

Loghat Pahang: Warisan Sungai, Warna Jiwa

Lembah Tembeling di hulu Sungai Pahang menyimpan khazanah arkeologi dari Zaman Batu hingga Besi. Kawasan seperti Kuala Tembeling, Jelai, Tasik Chini dan Rompin menyaksikan perkembangan tamadun awal yang menjalankan aktiviti perlombongan dan pertanian.

Catatan sejarah tertua tentang Pahang – dirujuk sebagai Pohuang dalam Kitab Dinasti Song – menyatakan kewujudannya sejak abad ke-5 Masihi. Pahang merupakan sebahagian daripada rangkaian kota-kota Langkasuka dan Srivijaya, sebelum berkembang menjadi kerajaan tersendiri dengan pusatnya di Pura (kini Pekan), yang disebut Inderapura dalam teks klasik.

Masyarakat Melayu Pahang menamakan bahasa mereka sebagai Pangkalan Pahang atau Cakak Pahang. Loghat ini tidak sekadar pertuturan – ia adalah identiti, warisan, dan nadi jiwa anak negeri yang harus terus dijaga dan disemai ke generasi akan datang.

.....

K

Kwei(Kawan) - saya, aku (biasa digunakan di Pekan)
Kaih/Kah/Kash/Kaweh - saya, aku (biasa digunakan di Jerantut)
Keh -saya,aku (biasa digunakan di Lipis/Raub)
Koi - saya,aku (biasa d [truncated by WhatsApp]
Kwei(Kawan) - saya, aku (biasa digunakan di Pekan)
Kaih/Kah/Kash/Kaweh - saya, aku (biasa digunakan di Jerantut)
Keh -saya,aku (biasa digunakan di Lipis/Raub)
Koi - saya,aku (biasa digunakan di Temerloh)
Kantup - tutup
Kancut - pakaian
Karok - jamung, obor yg dibuat drp pelepah kelapa kering
Kair - ke air (maksudnya - pergi ke sungai; mengail, menjala dsb)
Kabir - panggil, lambai, juga salah satu cara untuk mendayung perahu
Kome - kami
Kulo - warna kelabu tahi anjing
Kupi - Tin
Kohoit - letih, lenguh, sengal
Kerang - menangis dengan sepenuh hati, ketawa hingga tak boleh bernafas
Keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling/gembira tak terperi
Kupik - kedekut
Kerapoh - sisa2/bersepah (Contoh: Boh ke kawan kerapoh tulang2 ikan tu yek)
Kecah - Lecak, becak
Karang - nanti,sebentar lagi (Contoh: karang lah mok koi kupas nyour tu)
Kelat - tipu bukan kelat buah (Contoh: tak aci sungguh main kelat) bunyi 'e' spt cerek
Kememe - sama cam tembe gak
Kekalu - emping dibuat dari padi pulut
Komeng - sinonim ngan nyiur/kelapa
Kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai
Komoih - Gomol. (Contoh: Jgn le komoih budak tu nak tido weh)
Kobek/kerobek - membelek-belek, menyiasat
Kepok - tempat simpan padi
Kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/keterlaluan
Kodi/kudi? - ketinggalan zaman
Kode - kacau (air)
Kipong/kepong - Makan buah spt jambu, mempelam tanpa menghiris, kekah
Keknya - tetapi
Ketnyer - walaubagaimanapun
Kipai - letih /lenguh tangan
Kisok - kelam-kabut
Kenit - kecil
Kederat - upaya
Kerayan - takut, cemas, bimbang (biasa digunakan di Jerantut)
Kanyo/konyo - riak wajah, bera, muka tebal


L
Lat - tenggang/jarak masa
Latur - pijak, lanyak, kerap dilalui (Cth : Habih belubang jalan ni latur de lori...)
Lagung - langgar, hantuk kepala ke dinding
Lantak - suka hati awak
Lambo - beranda rumah
Lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan
Lehet - dipakai bagi bagi buah labu, melekit
Lece - Tilam
Lengit - kalah teruk
Linyo - licin, bersih (Cth : Weh, pasei linyo je muke aok? Pakei susuk ke botox?)
Ledot/ledoit - pekat
Lede - cuai/tidak berhati-hati/sambil lewa
Lejut - basah teruk(lencun)
Lepe - cuai
Lecoh - becak
Leweh - lemah longlai (cakap atau utk perbuatan)
Lawas - lapang, kawasan yang luas
Lembang (berlembang) - sepah, berterabur
Loghat (lorat) - kalut, nak cepat
Lodek - lumpur
Lopok - bekas untuk menyimpan sesuatu (Cth : lopok pensel)
Lempoy (belempoy) - perihal kain yang bergumpal, berperenyuk
Lempat - perihal kain yang terbiar di atas lantai, biasanya kain basahan


Moh - jom, mari - Contoh: Moh kita solat berjemaah

M
Moh - jom,mari
Mok - mak
Muyaih - kotor, serabut
Mengelice - mengelupur
Mantul - pening-pening
Menikei/kenikei - buah tembikai
Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
Meling - lalai, cuai
Mereloh - tidur (Temerloh, Jerantut, Raub, Lipis)
Meghetoh - tidur - sda-
Mengedam - tido (Pekan)
Meronoh - buang air besar
Meghuoh (meruah) - kentut dengan aroma paling hampuras sekali
Membeser - buang air kecil
Membute - tido
Mencayak - laju sangat (biasanya merempit)
Mengelentat - mengada2 seksi
Mengelatat - mengelicai
Memetat - terkena kpd diri sendiri
Merohong - wangi sangat
Melantong - busuk sangat
Merebang/mengerebang - rambut tak terurus
Merening - benda yang nak pecah(bulat)
Meraban - tak tentu hala, merepek, melalut
Menginding - mengecek makanan, kita dekati pihak lain secara diam-diam, juga bermaksud berdampingan
Mengkelan - tercekik (berkaitan dengan makan)
Mengkone - kemana-mana
Merarau - aktiviti berkatan menangkap ikan
Menggeledeng - perihal pergerakan badan.(Cth : Bakper menggeledeng ngat ni?)
Menglekek - ketawa beria-ia, terkekeh-kekeh
Masam menaung - Masam Sesangat
Masam mencekut - masam sesangat
Merepih - mencangkul rumput
Mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam
Merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan
Melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki air
Merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung
Mengoteh, meroteh - tangan tak dok diam
Melukah - kain yang dipakai terbuka
Menganjing - mengada
Motong - menoreh getah
Mamai - mimpi di siang hari, fikiran tidak stabil
Manis meleting - teramat manis
Mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam gelugur kedudukanya.
Mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat tangsi dan mata kail, untuk pemberatnya diikat batu atau botol.
Merawei - satu lagi cara menangkap ikan.
Mengoloh - tolak balik/undur
Mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat
Melepang - pahit/.masin/masam sangat
Mencanak -laju sangat(mencayak?)
Mek nye(matnya) - kenapanya
Megok-megok - tiba-tiba, sekonyong-konyong
Malaih - malas
Mombong - penuh
Meningkoh/tingkoh - membalas percakapan, menjawab, berdebat
Mengkane - telekung sembahyang
Mentekedaghoh (mentekedarah) - mentadarah, makan
Melantok - makan juga
Merungkeh/merungkaih - memanjat (terkial-kial)
Merukeh/merukaih - tercari-cari, mengagau
Molor - bekas, balang (biasanya diisi tempoyak/bekas gula2 di kedai runcit)

......
Bersambung : N _ O _ P




Comments

Popular posts from this blog

PEKAP: Sebuah Evolusi Dari Sebuah Cita Menjadi Sebuah Warisan

Beyond the Norm — Susuk di Hujung Saf

Bila Kambing Jantan Naik Perahu